Mahkamah meminta pihak pembelaan untuk menyerahkan bukti bahawa Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghadiri Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi parti itu di Janda Baik, Pahang, pada Jumaat lalu.
Arahan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terpaksa menangguhkan kes kerana beliau sedang menjalani kuarantin 10 hari, selepas seorang pemimpin UMNO yang hadir mesyuarat, disahkan positif COVID-19.